Blogger Jateng

IKAN MASAK LEMAK

Omong Omong bagi sesiapa yang tidak pernah lagi merasa masakan ikan masak lemak kuning cara menumis, bolehlah cuba resepi seperti di bawah.  Tetapi ingat, gunakan minyak yang sedikit sahaja untuk menumis supaya tidak terbit minyak di permukaan kuah.
Selamat mencuba...
Bahan-bahannya: 
3 ekor ikan selar besar – seekor dipotong dua dan digaramkunyitkan
Sedikit kunyit serbuk
1 cawan santan kelapa sawit – dicampur dengan tiga cawan air
2 – 3 keping asam gelugor (asam keping)
1 biji timun Jepun, dipotong memanjang – opsyen
1 – 2 biji cili merah
Gula, garam dan serbuk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Bahan-bahan tumis: 
2 sudu besar minyak
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 inci halia, dihiris memanjang
2 batang serai, dititik

Cara-cara memasak: 
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan goreng ikan. Ketepikan.
2. Panaskan dua sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan seketika.
4. Selepas itu masukkan santan, serbuk kunyit, dan asam gelugor. Kacau rata. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Masak sehingga kuah mendidih. Akhir sekali masukkan timun dan cili merah.
6. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Post a Comment for "IKAN MASAK LEMAK"