Masih ada baki kacang bendi dalam peti
ais. Kebetulan hari tu, masa saya membuat kacang botol goreng, Juita
bertanya kenapa saya tak membuat kacang bendi goreng. Hmmm saya tak ada
jawapan yang spesifik kerana apa apa pun, matlamat untuk mengelakkan
pembaziran stok. Jadi hari ini, giliran saya memasak Kacang Bendi Dengan
Telur. Walaupun sebelum ini, saya telahpun membuatnya tapi resepi kali
ini lebih santai dan sempoi. Sebelum ini resepi menggunakan belacan dan
udang kering. Klik di SINI untuk melihat resepi sebelum ini.
Bahan bahan:
Kacang bendi - potong nipis menyerong
2 telur - dipukul
Sedikit garam
Bahan tumbuk:
2 cili merah
2 bawang merah
1 bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Bila bendi sudah separuh masak, curahkan telur ke atasnya. Biarkan telur setengah masak, baru di kacau.
Siap untuk dihidangkan.
Post a Comment for "SAYUR KACANG BENDI"