Resepi Mee Kari Kerang ( Kuah Ikan )
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
2 kg Kerang rebus n buang kulit
1 paket fish ball
1 paket tauhu sarang/span ( tauhu yg serap kuah tu… x tahu nama sebenar dia apa )
1 paket fish cake (potong nipis)
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
3 – 4 ekor ikan kembung rebus… ambil isi … n di kisar dgn sedikit air
1/2 cawan isi udang hidup/kering – dikisar
5 cawan santan..(1 biji kelapa )- boleh tambah air ikut kesuaian kuah
4 biji buat tomato kisar
1 kiub lembu/ayam knorr
minyak
garam
Bahan kisar (bahan A)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan2 A yang telah dikisar sehingga wangi. Masukkan rempah dan cili kisar….masak seketika sehingga naik minyak.
2. Masukkan ikan yg telah kisar, udang yg telah dkisar , fish cake dan fish ball serta santan….Jika perlu boleh tambah kan sedikit air lagi utk lebih kuah….kacau selau dan masaklah hingga mendidih.
3, Bila dah mendidih masukkan kiub lembu/ayam kerang dan tauhu sarang/span
4. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa garam gulanya.
5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
Post a Comment for "MEE KARI"